Kerana Korona

Kerana Korona ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Kabir Bhatia dengan skrip ditulis oleh Natasha Azlan dan Shemad Al-Jufri terbitan Astro Shaw. Diinspirasikan daripada latar sebenar pandemik COVID-19 di Malaysia, ia dibintangi oleh Rashidi Ishak, Jalaluddin Hassan, Rita Rudaini dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.[1][2][3]